Tuesday, June 23, 2009

PAHIT MANIS KEHIDUPAN



HARI INI TAK TAHU NAK LETAK GAMBAR APA...TAPI LAYAN AJELAH GAMBAR INI YA,

Hai, lambat sikit update blog ini, perjalanan hidup ini terlalu panjang sebenar….kehidupan tak selalu indah dan ada pasang dan surutnya…..hari ini nak cerita apa ya…kita cerita pasal penyakit yang melanda Malaysia sekarang ini takutlah nak berjalan-jalan keluar (merbahaya) terlalu banyak benda yang perlu diberi perhatian dan perlu diambil tindakan segera.kalau dah terkena habislah…..
Tahun depan perancangan nak pergi bercuti harus difikirkan dengan teliti, takut nanti kalau dah beli tiket , takut terbatal sahaja perancancangan yang diharapkan… terbengkalai…perancangan tahun depan macam nak pergi Indonesia sahaja…kalau kita pergi sana pasti kita yang kaya raya….macam orang kaya rasanya, dalam perancangan nak pergi Jakarta…(bestnya) tapi bulannya belum tentu lagi, kawan-kawan kalau diah masih ada dekat OPUS lagi, nanti bolehlah kirim dekat diah ya, kalau Diah dah tak ada lagi contact ajelah diah tak jadi masaalah punya…….semoga apa yang diah rancangkan menjadi hendaknya amin…

Monday, June 22, 2009

hari isnin punya cerita


Morning,


Hari ini hari isnin , bila hari isnin aje semua orang tak berapa happy sangat, orang cakap hari isnin Monday blues heheheh…..pening den dibuatnya…..tapi bergantung juga pada pada setiap individu yang menghadapinya,kehidupan ini amat payah untuk digambarkan
MANUSIA MERANCANG, ALLAH MERANCANG, PERANCANGAN ALLAH LEBIH BAIK, TENANG-TENANGKAN DIRI.
Setiap perancangan pasti ada baik dan buruknya sama ada Berjaya atau tidak itupun bergantung pada nasib seseorang itu.
Kejayaan seseorang begantung pada nasib dan usaha yang dilakukan….
Kawan-kawan diah dekat office, dekat tempat duduk diah Nampak Menara Telekom.
Selalu berangan-angan nak pergi sana …berangan tak sudah hehehe

Thursday, June 18, 2009

Semalam bukan semua penderitaan tetapi sebuah pengalaman yang mengajar erti ketabahan


Diah tulis blog ini curi-curi buat tetapi segalanya dalam kawalan, tapi kerna berhati-hati juga sebab bos tu asyik jeling-jeling aje bos besar dan bos kecik hehehe.Esok diah ada tugasan diluar (PLANT A-TREE PROGRAMME 2009) bertempat di SK SENTUL UTAMA mesti ada dekat sana 7.45am…makna kerna bangun awal, tapi tak apa esok hari jumaat petang balik n9, diah rasa amat bahagia bila balik kg jumpa emak diah…selalu juga orang Tanya tiap-tiap minggu ke balik kg? dan inilah jawapan diah diah balik kg sebab diah nak jumpa emak diah, diah bahagia sangat dapat jumpa orang yang paling diah sayang. Diah pernah cakap kepada kawan-kawan sesiapa yang pernah rasa kehilangan orang yang paling dia sayang dalam hidup pasti dia akan tahu, pahit dan manisnya oleh itu hargailah ia sewaktu ia masih ada di dunia ini.Bagi diah keluarga amat penting dalam hidup diah, apa-apa mesti kami bersama –sama sama ada suka atau duka itu pengalaman hidup diah yang pernuh warna warni…Untuk makluman kawan-kawan diah dalam proses mencari kerja tak kira swasta atau kerajaan diah nak cuba pergi jauh lagi, diah nak minta tukar department takut ada pula yang akan black list nama diah ini, maklumlah kelulusan apa sangat, oleh itu jika ada kawan-kawan terdengar kerja kosong beritahulah diah ini ya…..diah yang dalam delima ini mencari jalan yang diredhai….tapi ekonomi tengah gawat ini pening-pening

kisah hidup ku di kuala Lumpur


Salam, hari ini hari ke dua diah mempunyai blog….tetapi masih banyak lagi yang tidak dapat diah coretkan dalam blog ini, kerana banyak masaalah yang tidak dapat di elakkan….di office diah tidak digalakkan untuk menyiapkan blog ini, kerana ada cikgu besar yang mengawasi diah hehehehe…..maaf lah ya, tapi ini adalah kenyataannya….
Kepada kawan-kawan yang banyak membantu dalam menghasilkan blog ini, diah akan kenang jasamu …muahmuahmuahmuah.

Kepada rakan-rakan disini diah akan berkongsi cerita kisah hidup diah. Diah mulakan dari mula diah ditransfer dari project ke Department…

Kisah hidup ku bermula disini tanggal 28/3/2008 diah mendapat berita yang amat gembira bahawa diah ditransfer ke hq (faber tower) department MANAGEMENT INFORMATION SYSTEM bersyukur ku pada yang maha esa kerana segala doaku termakbul olehnya.Mula-mula diah hanya berulang dari seremban ke faber tower dengan ex bos diah masa dekat TLW(package 2) EN HALEM MOHD KARI…..diah berulang selama 4 hari sahaja, selepas itu diah cari rumah sewa tak larat diah kerana terpaksa bangun jam 4.30pagi hari-hari ohhhhh tidak sanggup diah hadapinya, rasa macam zaman jepun pula…hidup susah. Akhirnya diah dapat juga sewa bilik (KONDO DANAU IMPIAN) sewanya rm 150.00 seorang ,berkongsi dengan staff PLUS. Nama teman sebilik diah tu SAMSIAH dia orang rembau…lagi mudahlah diah bersahabat,orangnya baik sangat mudah mesra dan boleh bertolak ansur dalam segala hal…diah panggil dia kak sam, tapi nama manja dia (KAK BEAR) hehheheh…kawan-kawan jangan marah ya diah panggil dia kak bear sebab body dia macam bear .Bilik yang diah sewa tu besar juga, bilik itu hanya ada 1 kipas dan satu katil dua tingkat….kawan-kawan cuba fikirkan jika kak bear diah yang tidur dekat atas, maknya ohhhh habislah diah…oh tidak..tapi kak bear diah tidur katil bawah,diah tidur katil atas (selamat diah,selamat…)Kepada rakan-rakan yang membaca blog ini harap maaf ya, diah bukan nak memburuk-burukkan sesiapa hanya sekadar gurawan…kehidupan diah dekat rumah amat selesa dan berjalan lancer.Dekat office pada mula-mulanya ok , tapi ada juga kisah sedihnya tak perlulah diah ceritakan disini ya, sekarang ini kerja ok kadang-kadang buzy dan kadang-kadang tak buzy…..kalau buzy tu nak duduk pun tak boleh penat sangat, tapi bila kita buat kerja tu orang hargai sungguh bererti sekali diah rasakan.Masa mula-mula diah masuk mis dulu diah kurus tapi masuk aje bulan ke dua inilah hasilnya….dulu nak dapatkan berat 40k pun susah tapi sekarang nak tahu berapa 48k, macam tak sangka aje dapat berat badan macam ini, Orang cakap gembira sangat kerja dekat hq, tapi diah rasa tidak begitu kerana banyak sangat yang tak bestnya dekat sini,yang paling best diah rasa dekat Site office pedas bersahabat dengan orang yang tidak memilih pangkat dan kelulusan ikhlas bersahabat……kehidupan ini kadang-kadang susah untuk diungkapkan dengan kata-kata hanya Allah SWT sahaja yang tahu perjalanan hidup kita

Wednesday, June 17, 2009

blog baru

salam,

baru belajar nak buat blog,kawan-kawan yang tolong ajar buat

Followers