Thursday, June 18, 2009

kisah hidup ku di kuala Lumpur


Salam, hari ini hari ke dua diah mempunyai blog….tetapi masih banyak lagi yang tidak dapat diah coretkan dalam blog ini, kerana banyak masaalah yang tidak dapat di elakkan….di office diah tidak digalakkan untuk menyiapkan blog ini, kerana ada cikgu besar yang mengawasi diah hehehehe…..maaf lah ya, tapi ini adalah kenyataannya….
Kepada kawan-kawan yang banyak membantu dalam menghasilkan blog ini, diah akan kenang jasamu …muahmuahmuahmuah.

Kepada rakan-rakan disini diah akan berkongsi cerita kisah hidup diah. Diah mulakan dari mula diah ditransfer dari project ke Department…

Kisah hidup ku bermula disini tanggal 28/3/2008 diah mendapat berita yang amat gembira bahawa diah ditransfer ke hq (faber tower) department MANAGEMENT INFORMATION SYSTEM bersyukur ku pada yang maha esa kerana segala doaku termakbul olehnya.Mula-mula diah hanya berulang dari seremban ke faber tower dengan ex bos diah masa dekat TLW(package 2) EN HALEM MOHD KARI…..diah berulang selama 4 hari sahaja, selepas itu diah cari rumah sewa tak larat diah kerana terpaksa bangun jam 4.30pagi hari-hari ohhhhh tidak sanggup diah hadapinya, rasa macam zaman jepun pula…hidup susah. Akhirnya diah dapat juga sewa bilik (KONDO DANAU IMPIAN) sewanya rm 150.00 seorang ,berkongsi dengan staff PLUS. Nama teman sebilik diah tu SAMSIAH dia orang rembau…lagi mudahlah diah bersahabat,orangnya baik sangat mudah mesra dan boleh bertolak ansur dalam segala hal…diah panggil dia kak sam, tapi nama manja dia (KAK BEAR) hehheheh…kawan-kawan jangan marah ya diah panggil dia kak bear sebab body dia macam bear .Bilik yang diah sewa tu besar juga, bilik itu hanya ada 1 kipas dan satu katil dua tingkat….kawan-kawan cuba fikirkan jika kak bear diah yang tidur dekat atas, maknya ohhhh habislah diah…oh tidak..tapi kak bear diah tidur katil bawah,diah tidur katil atas (selamat diah,selamat…)Kepada rakan-rakan yang membaca blog ini harap maaf ya, diah bukan nak memburuk-burukkan sesiapa hanya sekadar gurawan…kehidupan diah dekat rumah amat selesa dan berjalan lancer.Dekat office pada mula-mulanya ok , tapi ada juga kisah sedihnya tak perlulah diah ceritakan disini ya, sekarang ini kerja ok kadang-kadang buzy dan kadang-kadang tak buzy…..kalau buzy tu nak duduk pun tak boleh penat sangat, tapi bila kita buat kerja tu orang hargai sungguh bererti sekali diah rasakan.Masa mula-mula diah masuk mis dulu diah kurus tapi masuk aje bulan ke dua inilah hasilnya….dulu nak dapatkan berat 40k pun susah tapi sekarang nak tahu berapa 48k, macam tak sangka aje dapat berat badan macam ini, Orang cakap gembira sangat kerja dekat hq, tapi diah rasa tidak begitu kerana banyak sangat yang tak bestnya dekat sini,yang paling best diah rasa dekat Site office pedas bersahabat dengan orang yang tidak memilih pangkat dan kelulusan ikhlas bersahabat……kehidupan ini kadang-kadang susah untuk diungkapkan dengan kata-kata hanya Allah SWT sahaja yang tahu perjalanan hidup kita

No comments:

Post a Comment

Followers