Thursday, November 5, 2009
SIFAT-SIFAT YANG TIDAK DISUKAI OLEH LELAKI
Memang diakui manusia tidak sempurna dan mempunyai banyak kelemahan. Namun ketidaksempurnaan itu boleh dikurangkan jika anda bijak untuk mengawalnya. Apa yang penting, jangan jadikan segala ketidaksempurnaan dan kelemahan yang ada di dalam diri anda, sebagai punca perbalahan dengan pasangan.Sebagai wanita, anda perlu bijak menarik perhatian si dia dan jangan sekali-kali menunjukkan sikap buruk anda di hadapannya. Tidak kisahlah jika anda dilabel hipokrit oleh teman-teman lain asalkan anda terus mendapat tempat di hati si dia. Ini kerana kebanyakan lelaki apabila ditanya apa yang membuatkan mereka tidak selesa dengan wanita, jawapannya adalah sifat buruk yang hampir dimiliki oleh semua wanita.Berikut adalah antara sifat buruk wanita yang menjadi kebencian lelaki. Andainya ada di antara anda yang memiliki sifat-sifat yang disenaraikan ini, segeralah berubah sekiranya anda tidak mahu kehilangan insan tersayang.1. Tidak PuasWalaupun lelaki memiliki sifat tidak pernah puas, namun berdasarkan kajian yang dilakukan, wanita lebih sukar untuk dipuaskan di dalam apa jua aspek.Mereka tidak pernah puas dengan apa sahaja yang diberikan oleh lelaki termasuklah layanan di ranjang. Wanita juga dikatakan sukar untuk menahan diri daripada mahu memiliki sesuatu yang sempurna.Malah mereka sanggup merayu-rayu sehingga kehilangan harga diri asalkan apa yang mereka hajati diperolehi. Sikap sebegini amat menjengkelkan lelaki kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang sentiasa menghargai dan berterima kasih dengan apa sahaja pemberian.2. Mata DuitanSangat menipu jika wanita sedikitpun tidak tertarik dengan wang. Ini kerana lelaki akan tertarik dengan wanita disebabkan oleh tarikan seks manakala wanita tertarik dengan lelaki disebabkan oleh dorongan wang dan kemewahan.Wanita yang mempunyai sikap mata duitan yang keterlaluan, kebanyakannya sukar untuk mendapatkan cinta yang sejati. Ini kerana tidak ramai lelaki yang sanggup melayan kehendaknya.3. Suka MengaturTidak dinafikan semua wanita di dunia ini mengharapkan Prince Charming di dalam hidup mereka. Namun bukan semua wanita berpeluang untuk memilikinya. Oleh sebab itu, ramai wanita yang mula mengatur teman lelaki mereka agar menjadi seperti lelaki idaman yang mereka mahukan. Mereka tidak sedar sikap sebegitu bukan dapat menambah baik hubungan yang terjalin sebaliknya hanya akan membinasakan. Ini kerana lelaki lebih gemar jika diri mereka diterima seadanya.4. Cemburu ButaAda orang berpendapat cemburu tandanya sayang. Namun sikap cemburu yang keterlaluan hanya akan membuatkan lelaki rasa terkongkong serta tidak dipercayai.Ini kerana ramai wanita yang cemburu berlebih-lebihan semata-mata untuk mendapatkan perhatian daripada insan tersayang. Apatah lagi jika teman lelakinya boleh dikategorikan sebagai kacak dan mempunyai kerjaya yang teguh. Kepada wanita yang mempunyai sikap sebegini, segeralah berubah kerana teman lelaki anda tidak akan mampu bertahan selamanya dengan sikap anda yang sebegitu.5. EmosionalWanita sering menjadikan air mata sebagai senjata untuk melembutkan hati lelaki. Malah ketika berdepan dengan sebarang masalah, wanita sering emosional tanpa memikirkan sesuatu secara logik.Apabila ditegur, mudah melenting dan sukar untuk menerima sebarang pandangan yang diutarakan oleh orang lain. Wanita juga selalu tersinggung dan terasa untuk perkara yang tidak perlu.Sikap wanita yang sebegini hanya merimaskan lelaki dan akhirnya menjauhkan diri daripada mereka.
Bismillahrirahmanirrahim
Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama-Mu Ya Allah Yang Sentiasa Mengasihi hamba-hamba-Mu,Ingin aku berbicara dengan-Mu di setiap masa yang aku ada dan di setiap tempat aku berada,Ingin aku meluahkan segala apa yang terpendam dalam hati ini,Walau aku tahu Engkau sangat-sangat memahami dan mengetahui,Tanpa aku bicarakannya kepada-Mu,Malah Engkau lebih tahu segalanya tentang aku daripada diriku sendiri,Kerana Engkau yg memiliki sekeping hati ini,Kerana Engkau lebih dekat denganku daripada urat leherku sendiri.Ya Rabbi, sudilah pandang aku,Ya Rabbi, izinkan aku menghadap-Mu berulang kali sehingga ke akhir hayatku.Aku tahu..Aku sering menghadap-Mu dengan wajah yang kelam, tidak berseri,Aku sering berhadapan dengan-Mu tika jiwaku berkeluh kesah,Aku mencari-Mu hanya di waktu susah dan derita,Di saat senang dan sibuk dengan dunia, aku melupakan-Mu,Aku lupa bahawa hidup ini hanya untuk-Mu,Aku leka bahawa dunia ini hanya sementara untuk aku mencari bekal sebanyaknya.
Namun,Di saat ini aku hadir untuk menghadap-Mu,Bersama dosa dan noda yang tak terhitung banyaknya,Disebabkan kelalaianku menurut hawa nafsu,Dan tertipu dengan dunia dan syaitan,Allah, pandanglah aku dengan kasih sayang-Mu,Pandanglah aku dengan keampunan-Mu,Aku sangat mengharapkan kasih sayang dan redha-Mu,Kerana aku benar-benar menagih syurgaMu dan aku takut nerakaMu,Tapi, layakkah aku Ya Allah?Ya Rabbi,Seandainya di saat ini Engkau menjemputku pulang,Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu?Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini?Bagaimanakah keadaanku waktu itu??Hitamkah wajahku bila berhadapan dengan-Mu?Berseri dengan sinar cahayakah wajah ini?Berlarikah aku menuju-Mu kerana rindu untuk menemui-Mu?Atau menggigil ketakutan kerana takut dan malu dengan-Mu?Allah, aku bimbang..Aku gusar dan takut Ya Allah..Apabila memikirkan saat itu,Kerana banyaknya dosa aku terhadap-Mu.Allah, sukarnya untuk aku meredahi cabaran dunia ini,Ingin ku buang jauh duniaku yang melalaikan,Tapi ia selalu menarik-narik hatiku untuk tetap mengulangi kesilapan terhadap-Mu,Kadang-kadang aku terlupa, kadang-kadang aku sengaja.Aku takut pada-Mu Allah tapi kenapa aku seringkali mengulangi dosa-dosa terhadap-Mu?Aku sering berjanji di depan-Mu untuk menyerahkan hidup matiku hanya untuk-Mu,Namun sering aku memungkiri janji-janjiku itu tanpa rasa berdosa,Aku pernah menangis kerana-Mu kerana takutkan azab-Mu,Kemudian aku ketawa semula di saat aku lupa tentang-Mu,Semudah itu Ya Allah aku sebagai hamba yg sebenarnya tidak layak melakukan sebegitu,Tapi Engkau Ya Allah, tetap memberi peluang untuk aku kembali pada-Mu,Engkau sentiasa bersedia mengampuniku...Aku takut Ya Allah, seandainya waktu aku tiba untuk kembali pada-Mu,Aku dalam keadaan tidak bersedia dan penuh dengan hitam noda,Apakah yang mampu aku persembahkan di hadapan-Mu kelak?Mampukah aku memulangkan segala pinjaman yang Engkau beri kepadaku dalam keadaan yg terbaik?Allah, aku mohon dengan sangat..Sucikanlah hati aku dengan maghfirah-Mu,Agar tersenyum aku pulang mengadap-Mu,Allah, terimalah taubatku,Agar bercahaya wajahku dengan nuurMu bertemu dengan-Mu,Allah, pimpinlah aku dengan hidayah-Mu,Agar mudah jalanku ke Jannah-Mu...
Tuhan, pegang eratlah hati ini agar sentiasa aku rasa dekat dengan-Mu,Aku harap Kau terima amalku untuk aku persembahkan di hadapan-Mu kelak,Ya Allah, dengarkanlah rintihan & permohonan hatiku ini,Hadiahkanlah cahaya-Mu kepadku sehingga saat aku dipanggil pulang oleh-Mu,Amiin Ya Rabb..Aku mohon dengan sangat..Perkenankanlah, perkenankanlah, perkenankanlah.:: Ya Allah, maafkanlah bila hati tidak sempurna mencintaiMu ::

5 tips berkenalan
Bagi sesetengah individu, proses memulakan perkenalan mungkin amat mudah bagi mereka. Namun bukan semua orang mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi untuk memulakan sesebuah perkenalan.Apatah lagi jika mereka mahu memulakan perkenalan dengan seseorang yang berlainan jantina atau berbeza latar belakang kehidupan.Namun ada beberapa cara berkesan yang boleh diaplikasikan jika anda mahu memulakan perkenalan dengan seseorang. Bagaimanapun anda perlu bersedia dengan apa sahaja kemungkinan kerana tidak semestinya semua salam perkenalan itu akan bersambut.
1. Bersedia untuk ditolakBukan semua orang selesa apabila ada seseorang yang tidak mereka kenali menghulurkan salam perkenalan. Sebagai contoh, seorang wanita yang sudah mempunyai teman lelaki atau suami, pastinya tidak akan berasa selesa dengan situasi ini.Oleh sebab itu sebagai lelaki anda jangan sesekali tersalah sasaran kerana ia hanya akan membuatkan anda malu pada diri sendiri. Dalam aspek ini anda perlu bersedia jika kehadiran anda tidak disenangi dan akhirnya ditolak.Namun itu tidak bermakna anda tidak cukup bagus untuk menjalinkan hubungan dengan mereka. Mungkin dengan orang lain, salam perkenalan yang anda hulurkan akan bersambut jika ianya kena dengan situasi atau status seseorang itu.
2. Buang rasa maluKebanyakan lelaki atau wanita gagal untuk memulakan perkenalan yang baru di dalam hidup mereka kerana memiliki rasa malu yang sangat tebalPerasaan itu perlu dikikis kerana ramai orang yang kurang gemar untuk bersahabat dengan seseorang yang terlalu pemalu. Apatah lagi jika anda malu tidak bertempat atau untuk perkara yang seharusnya anda tidak perlu malu.Cubalah bersikap terbuka kerana sikap sebegitu membuatkan orang lain selesa untuk mendampingi anda. Malah lelaki atau wanita paling suka jika pasangan mereka bersikap positif dan terbuka dengan apa sahaja situasi yang mereka lalui.
3. Belajar memahamiSebagai lelaki mereka perlu memahami reaksi yang ditunjukkan oleh seseorang wanita dengan salam perkenalan yang dihulurkan. Jika mereka menunjukkan reaksi positif, anda jangan teragak-agak untuk meneruskan perhubungan tersebut.Namun jika wanita tersebut berusaha melarikan diri daripada anda dengan memberikan pelbagai alasan yang tidak munasabah, jangan sekali-kali mendesak. belajar menerima keputusan yang dibuat olehnya.Sementara itu bagi golongan wanita pula, anda mestilah menunjukkan sikap sabar di dalam perhubungan yang terjalin. Lelaki tidak suka dengan wanita yang gelojoh kerana beranggapan wanita sebegitu sebagai murah atau sudah terdesak untuk mencari calon suami.4. Ingat nama dan simpan nombor telefonnyaTidak kira lelaki atau wanita, anda jangan sekali-kali lupa akan nama teman barumu itu. Jika anda terlupa, itu bermakna anda tidak merasakan kehadiran mereka penting dalam hidup mereka.Itu membuatkan mereka akan berkecil hati walaupun hakikat sebenarnya anda sangat teringin untuk mempereratkan perhubungan yang baru terjalin. Selain itu anda juga perlu menyimpan nombor telefonnnya.Maklumlah jika si dia menghantar SMS kepada anda, tidaklah anda tertanya-tanya siapa yang menghantarnya. Jika anda membalas SMS tersebut dengan pertanyaan 'siapa ni?', sudah pasti perhubungan yang baru sahaja terjalin akan putus di pertengahan jalan
5. Bersikap positifDi dalam proses menjalinkan perhubungan yang baru, sikap positif dan saling bertolak ansur sangat penting. Golongan wanita tidak menyukai lelaki yang bersikap terlalu kasar. Apatah lagi jika anda baru berkenalan dengannya.Manakala golongan lelaki pula tidak gemar dengan wanita yang terlalu suka mengongkong dan terlalu mengambil tahu akan dirinya. Maklumlah anda berdua baru sahaja perkenalan. Jadi tidak perlulah anda menjaganya mengalahkan ibunya sendiri. Di dalam aspek ini anda berdua perlu bijak menjaga hati masing-masing dan belajar untuk memahami karektor teman baru anda. Berikan dia masa untuk menyesuaikan diri dengan anda dan percayalah sikap sabar yang anda tunjukkan itu pasti berbaloi pada masa yang akan datang.

kEMBALI
Thursday, August 6, 2009
SAYA DIAM BILA
saya diam bila saya..SEDANG MARAH.
saya diam bila saya..TENGAH SEDIH.
saya diam bila saya..DALAM KETAKUTAN.
saya diam bila saya..TERASA HATI.
saya diam bila saya..MERAJUK.
saya diam bila saya..SEDANG MEMBACA.
saya diam bila saya..SEDANG FOKUS.
saya diam bila saya..RASA GEMURUH.
saya diam bila saya..SEGAN.
bila masanya saya 'BISING' ye? hmm..anda bagaimana?
Sudahkah anda bersedia untuk berkahwin
Anda mungkin telah bertemu dengan pasangan yang anda cintai. Tetapi masalahnya anda masih belum punya keyakinan untuk mengakhiri hubungan percintaan itu ke jinjang pelamin. Ada perasaan ragu-ragu untuk melangkah ke alam rumah tangga yang penuh dengan tanggungjawab dan pelbagai dugaan.
Sememangnya banyak yang perlu difikirkan sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Anda harus menyediakan diri dengan banyak perkara. Kerana mengingatkan semua perkara inilah ramai yang masih belum berani berkahwin walaupun telah bertahun-tahun bercinta.
Tulisan di bawah ini bukan untuk menakut-nakutkan anda yang masih bujang tentang perkahwinan tapi sekadar ingin memberitahu beberapa perkara yang harus dipertimbangkan sebelum membuat keputusan mengakhiri zaman solo.
Fikirkan perkara-perkara di bawah tapi jika anda sudah yakin dengan pilihan anda, tunggu apa lagi!
Ada alasan kukuh berkahwin
Perkara paling utama ialah keyakinan diri. Oleh sebab itu, yakinkan diri kenapa anda harus mendirikan rumah tangga. Apa yang ingin anda perolehi daripadanya? Apa kesannya pada diri anda, pasangan dan keluarga masing-masing? Jika jawapannya masih belum dapat anda pastikan, ataupun alasannya belum lagi realistik, lebih baik tunda dahulu niat anda sehingga anda benar-benar yakin.
Harus sedia berkongsi
Anda harus menerima kenyataan bahawa situasi tinggal bersama itu berbeza dengan tinggal sendiri. Semuanya harus dikongsi. Bukan sekadar berkongsi bilik, satu almari tetapi juga berkongsi waktu, perhatian, seks, kewangan dan juga emosi.
Sedia untuk sakit hati
Segala tindakan dan perbuatan pasti mempunyai risiko. Begitu juga dengan mengambil keputusan untuk berkahwin. Perkahwinan akan membuka topeng masing-masing. Jika sudah memutuskan untuk berkahwin bererti anda harus sedia menerima risiko paling buruk tentang sikap pasangan anda.
Sedia untuk berfikiran terbuka
Masalah selalu ada, bila-bila dan di mana saja. Adakalanya permasalahan timbul untuk memperbaiki kualiti hubungan anda. Oleh sebab itu, lebih baik jika anda selalu sedia membuka diri untuk bertukar fikiran dengan pasangan agar hubungan emosi tetap terjalin.
Sedia untuk kompromi
Punya agenda, pendapat atau prinsip sendiri memang boleh tapi ingat akan pasangan anda. Dia juga mempunyai kesibukan, pendapat, keinginan yang mungkin berbeza dengan anda. Maka meningkat diri untuk bertoleransi, saling menghargai akan sangat membantu rumah tangga.
Sedia untuk berpisah
Di dunia ini tidak ada yang abadi. Berkahwin merupakan cara untuk menyatukan dua hati yang berbeza dan membina sebuah mahligai bahagian. Namun dalam keadaan tertentu, terlalu sukar untuk mempertahankan kebahagiaan itu. Cara yang terbaik adalah dengan berpisah. Ketika anda melafazkan akad, anda harus menyedari bahawa akan ada salam perpisahan jika tidak seiringan.
Sedia menerima malu
Anda tentu mempunyai kriteria tersendiri dalam memilih pasangan. Tetapi, seburuk apa pun sifat dan perilaku pasangan anda di mata orang, dia adalah pilihan anda. Oleh sebab itu, anda harus berani mati dan sedia untuk malu bagi menjaga kehormatan masing-masing.
Soal anak
Selepas mendirikan rumah tangga, kehadiran anak amat dinanti untuk menyerikan kehidupan. Tetapi secara anda sedar atau tidak, anak dapat mempengaruhi hubungan dan kehidupan rumah tangga anda. Bagaimanapun, kehadiran anak adalah kurniaan Tuhan. Maka bersikap rasional dalam masalah ini akan lebih baik. Anda tidak harus mengurangi waktu untuk berdua ketika ada atau tanpa anak sekalipun

Monday, August 3, 2009
Demonstrasi ISA

Hari sabtu yang lepas tanggal 1/8/2009 tarikh yang diah akan ingat sampai bila2....kerana diah nak balik kg .Keluar dari Taman Desa 12.00pm sampai pasar seni jam 3ptg ...ini kerna DEMONSTRASI ISA...bila sampai aje dekat jalan menuru ke istana negara perasaan takut sangat..kerna selama ini melihatnya dalam kaca tv sahaja..tapi hari sabtu yang lepas diah melihatnya dan merasainya...bila macam ini...takut sangat...
Subscribe to:
Posts (Atom)
About Me
Followers
Blog Archive
-
▼
2009
(36)
-
▼
November
(16)
- RENUNGAN BUAT KITA UMAT ISLAM YANG SELALU LUPA
- BERKAT SAYANG DAN MULIAKAN KUCING
- TERTENDANG ULAR MASA TENGAH STIM BUAT PROJECK
- CINTA TANPA SYARAT
- ISTIKARAH DALAM MEMILIH JODOH
- ISTERI TINGGALKAN SUAMI OKU
- AYAT SERIBU DINAR
- EGO DAN KESERAKAHAN PANGKAL KESOMBONGAN
- ALLAH PEMBERI REZEKI
- SAKARATUL MAUT
- MUTIARA HATI IBNU QAYYUM
- Aku terdiam
- SIFAT-SIFAT YANG TIDAK DISUKAI OLEH LELAKI
- Bismillahrirahmanirrahim
- 5 tips berkenalan
- kEMBALI
-
▼
November
(16)