Thursday, August 6, 2009

SAYA DIAM BILA


saya diam bila saya..SEDANG MARAH.


saya diam bila saya..TENGAH SEDIH.


saya diam bila saya..DALAM KETAKUTAN.


saya diam bila saya..TERASA HATI.


saya diam bila saya..MERAJUK.


saya diam bila saya..SEDANG MEMBACA.


saya diam bila saya..SEDANG FOKUS.


saya diam bila saya..RASA GEMURUH.


saya diam bila saya..SEGAN.


bila masanya saya 'BISING' ye? hmm..anda bagaimana?

Sudahkah anda bersedia untuk berkahwin

Anda mungkin telah bertemu dengan pasangan yang anda cintai. Tetapi masalahnya anda masih belum punya keyakinan untuk mengakhiri hubungan percintaan itu ke jinjang pelamin. Ada perasaan ragu-ragu untuk melangkah ke alam rumah tangga yang penuh dengan tanggungjawab dan pelbagai dugaan.
Sememangnya banyak yang perlu difikirkan sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Anda harus menyediakan diri dengan banyak perkara. Kerana mengingatkan semua perkara inilah ramai yang masih belum berani berkahwin walaupun telah bertahun-tahun bercinta.
Tulisan di bawah ini bukan untuk menakut-nakutkan anda yang masih bujang tentang perkahwinan tapi sekadar ingin memberitahu beberapa perkara yang harus dipertimbangkan sebelum membuat keputusan mengakhiri zaman solo.
Fikirkan perkara-perkara di bawah tapi jika anda sudah yakin dengan pilihan anda, tunggu apa lagi!
Ada alasan kukuh berkahwin
Perkara paling utama ialah keyakinan diri. Oleh sebab itu, yakinkan diri kenapa anda harus mendirikan rumah tangga. Apa yang ingin anda perolehi daripadanya? Apa kesannya pada diri anda, pasangan dan keluarga masing-masing? Jika jawapannya masih belum dapat anda pastikan, ataupun alasannya belum lagi realistik, lebih baik tunda dahulu niat anda sehingga anda benar-benar yakin.
Harus sedia berkongsi
Anda harus menerima kenyataan bahawa situasi tinggal bersama itu berbeza dengan tinggal sendiri. Semuanya harus dikongsi. Bukan sekadar berkongsi bilik, satu almari tetapi juga berkongsi waktu, perhatian, seks, kewangan dan juga emosi.
Sedia untuk sakit hati
Segala tindakan dan perbuatan pasti mempunyai risiko. Begitu juga dengan mengambil keputusan untuk berkahwin. Perkahwinan akan membuka topeng masing-masing. Jika sudah memutuskan untuk berkahwin bererti anda harus sedia menerima risiko paling buruk tentang sikap pasangan anda.
Sedia untuk berfikiran terbuka
Masalah selalu ada, bila-bila dan di mana saja. Adakalanya permasalahan timbul untuk memperbaiki kualiti hubungan anda. Oleh sebab itu, lebih baik jika anda selalu sedia membuka diri untuk bertukar fikiran dengan pasangan agar hubungan emosi tetap terjalin.
Sedia untuk kompromi
Punya agenda, pendapat atau prinsip sendiri memang boleh tapi ingat akan pasangan anda. Dia juga mempunyai kesibukan, pendapat, keinginan yang mungkin berbeza dengan anda. Maka meningkat diri untuk bertoleransi, saling menghargai akan sangat membantu rumah tangga.
Sedia untuk berpisah
Di dunia ini tidak ada yang abadi. Berkahwin merupakan cara untuk menyatukan dua hati yang berbeza dan membina sebuah mahligai bahagian. Namun dalam keadaan tertentu, terlalu sukar untuk mempertahankan kebahagiaan itu. Cara yang terbaik adalah dengan berpisah. Ketika anda melafazkan akad, anda harus menyedari bahawa akan ada salam perpisahan jika tidak seiringan.
Sedia menerima malu
Anda tentu mempunyai kriteria tersendiri dalam memilih pasangan. Tetapi, seburuk apa pun sifat dan perilaku pasangan anda di mata orang, dia adalah pilihan anda. Oleh sebab itu, anda harus berani mati dan sedia untuk malu bagi menjaga kehormatan masing-masing.
Soal anak
Selepas mendirikan rumah tangga, kehadiran anak amat dinanti untuk menyerikan kehidupan. Tetapi secara anda sedar atau tidak, anak dapat mempengaruhi hubungan dan kehidupan rumah tangga anda. Bagaimanapun, kehadiran anak adalah kurniaan Tuhan. Maka bersikap rasional dalam masalah ini akan lebih baik. Anda tidak harus mengurangi waktu untuk berdua ketika ada atau tanpa anak sekalipun

Monday, August 3, 2009

Demonstrasi ISA


Hari sabtu yang lepas tanggal 1/8/2009 tarikh yang diah akan ingat sampai bila2....kerana diah nak balik kg .Keluar dari Taman Desa 12.00pm sampai pasar seni jam 3ptg ...ini kerna DEMONSTRASI ISA...bila sampai aje dekat jalan menuru ke istana negara perasaan takut sangat..kerna selama ini melihatnya dalam kaca tv sahaja..tapi hari sabtu yang lepas diah melihatnya dan merasainya...bila macam ini...takut sangat...

Friday, July 31, 2009

Masalah Bersangka-sangka

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik.. Ada sangkaan buruk
Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela
........
mana tahu yang diam itu kerana
berzikir kepada Allah
mana tahu yang senyum itu kerana
bersedekah
mana tahu yang masam itu kerana
mengenangkan dosa
mana tahu yang menawan itu kerana
bersih hati dan mindanya
mana tahu yang ceria itu kerana
cergas cerdasnya
Jauhi sikap suka bersangka-sangka
kerana ia bakal memusnahkan
ukhwah
seperti musnah nya kayu dimakan api..
Satu benda yang kita lihat,
macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat.
semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya

CEMBURU

Tanda-tanda Cemburu
1. Dia menelefon beberapa kali sehari dan marah apabila kamu tiada.
2. Dia menelefon kamu semasa kamu sedang sibuk dan tetap mendesak mahu bercakap dengan kamu.
3. Dia menuduh sesuka hati bahawa kamu telah keluar dengan lelaki/wanita lain.
4. Dia selalu mengintip dan cuba mencari peluang untuk mencari kesalahan kamu.
5. Dia mengugut membunuh diri jika kamu meninggalkannya.
6. Dia hanya mahu kamu sentiasa bersamanya dan marah walaupun kamu keluar dengan kawan-kawan lelaki/wanita yang lain.
7. Dia tidak suka pergi ke majlis sosial kerana bimbang lelaki/wanita lain tertarik kepada kamu.
8. Dia menyoal seperti seorang polis ke mana kita pergi dan dengan siapa.
9. Dia bermasam muka jika kamu kerja lebih masa.
10. Dia tidak peduli dengan penjelasan kamu.

Tip Mengawal Keadaan Pasangan Yang Cemburu
1. Jika pasangan kamu mula menunjukkan rasa cemburu, jangan terbawa-bawa dengan sifatnya itu. Mungkin kamu tidak perlu menjawab setiap soalannya. Lebih baik berdiam diri saja daripada terus menyemarakkan kemarahannya.
2. Terima hakikat bahawa dia tidak berniat untuk melukai hati kamu. Mungkin ini sifat semulajadinya dan jangan ambil hati.
3. Cuba sedaya upaya kamu untuk membina keyakinan diri. Puji dia jika perlu. Minta nasihatnya dan salurkan rasa cinta kamu.
4. Jangan berfoya-foya dengan wanita/lelaki lain. Ini hanya membuatkan situasi lebih sukar. Apa yang dia perlukan adalah sokongan yang berterusan.
5. Berbincang dengan pasangan tentang perasaan cemburunya.

Atasi Sifat Cemburu
1. Hormati perasaan pasangan kamu. Dia juga mempunyai hak untuk menilai kecantikan wanita/lelaki lain.
2. Bagi diri sendiri masa untuk mengatasinya. Jika kita memang seorang yang cemburu, usah berharap kamu boleh berubah dalam masa yang singkat.
3. Tuliskan apa perasaan kamu apabila kamu merasa cemburu. Marah? Tidak tentu arah? Menangis? Geram? Rasa malu? Adakah kamu ingin meneruskan hidup kamu dengan cara ini? Jika jawapannya tidak, maka berubahlah segera.
4. Cuba fikirkan bagaimana cemburu kamu meledak. Adakah adil kamu menyisihkan si dia daripada orang lain? Bukannya sesuatu yang teruk andainya dia senyum dengan orang lain.
5. Bina keyakinan diri. Kita mungkin rasa tidak selamat jika bergantung kepada si dia. Luaskan persahabatan dengan orang lain.

Kesan Positif Cemburu
1. Mengelakkan si dia curang kepada kamu2. Sentiasa menghormati kamu dan tidak pandang pada orang lain apabila bersama kamu.3. Sentiasa menjaga hati kamu4. Segala pergerakannya di bawah kawalan kamu

Kesan Negatif Cemburu
1. Si dia akan cepat bosan bersama kamu2. Percintaan kamu hambar kerana kamu langsung tidak ada kawan lain3. Selalu berlaku pertengkaran kerana sifat curiga yang terlampau4. Pergerakan sentiasa diawasi seperti orang bersalah.

Thursday, July 30, 2009

kehidupan


setakat ini sahaja untuk hari ini...bos ku telah memanggil nama ku....untuk kpi.....macam manalah agaknya ya.....

CINTA

Di dalam hubungan percintaan, terdapat beberapa aspek yang perlu diberi penekanan. Namun bagi sesetengah pasangan, mereka selalu mengabaikan aspek ini dengan alasan ia tidak begitu penting.Namun harus dingatkan, bercinta sebenarnya bukan peluang untuk anda sentiasa difahami, sebaliknya bercinta adalah satu proses untuk anda membentuk persefahaman agar saling memahami di dalam apa jua situasi.Di alam percintaan, ia secara tidak langsung memerlukan anda berkorban dan bertolak ansur antara satu sama lain. Apa yang penting dan perlu dititikberatkan ialah percintaan yang terjalin mampu memberikan kebahagian kepada anda dan pasangan.Bagi mengukuhkan lagi perasaan cinta di antara anda, anda perlu memahami satu persatu tentang prinsip serta falsafah cinta. Dengan cara ini pasti ianya dapat membuka mata dan fikiran anda supaya lebih menghargai cinta.Tidak kira sama ada lelaki atau wanita, anda perlu mengetahui 13 rahsia yang menjadikan cinta anda dan pasangan menjadi lebih lancar dan membahagiakan walaupun kadang kala cinta yang yang terjalin tidak kesampaian.1. Jika seseorang yang istimewa hadir di dalam hidup anda dan dengan beberapa sebab tertentu dia terpaksa pergi, anda harus merelakannya. Jangan terlalu bersedih dan terimalah hakikat bahawa dia tercipta bukan untukmu. Walaupun tidak dapat bersama untuk selamanya, sekurang-kurangnya dia pernah hadir membahagiakan anda. Sentiasa percaya kepada jodoh kerana jika dia memang ditakdirkan untuk anda, walaupun sejuta halangan yang mendatang, dia pasti akan tetap menjadi milik anda.2. Jangan cuba melarikan diri daripada cinta apabila cinta sudah berada di hadapan anda. Sentiasa menghargai insan yang menyayangi dan mencintai anda. Bukan mudah untuk mencari cinta kerana cinta selalunya hadir dengan hati yang tulus dan niat yang ikhlas
3. Sentiasa berani berhadapan dengan risiko. Di alam percintaan semestinya pelbagai halangan akan ditempuhi. Hanya mereka yang benar-benar berani mampu merasai cinta yang sejati. Ingat peluang bukan selalu hadir dan mungkin itulah peluang sekali seumur hidup yang akan kamu temui. Maka apabila bertemu dengan orang yang sesuai, rebut peluang itu dan jangan biarkan dia ternanti-nantikan balasan cinta anda.4. Belajar menghargai orang lain yang sentiasa setia di saat anda susah ataupun senang. Jangan sampai anda mengalirkan air mata akibat menyesal kerana membiarkan cinta berlalu begitu sahaja. Sudah lumrah manusia yang selalu tidak menghargai seseorang yang menyayangi kita sehinggalah orang tersebut pergi meninggalkan kita. Saat itu pasti tiada sesiapa yang akan menemani anda lagi. 5. Terdapat banyak bintang di langit, tetapi hanya sebutir bintang yang benar-benar menyerlah dan mampu menarik perhatian anda. Tetapi awas, jangan terlalu asyik memandang keindahan kemilau bintang sehingga lupa kepada rumput yang dipijak. Mungkin pasangan anda sekarang bukanlah seorang yang benar-benar sempurna di mata anda, tetapi kebijaksanaannya melayan anda, berjaya menutup kekurangannya.

6. Jangan terlalu memilih. Sentiasa ingat bahawa tiada seorang manusia pun di dunia ini yang sempurna di dalam setiap aspek. Apa yang penting sentiasa berfikiran positif dan memberi peluang kepada insan yang anda sayang buktikan kebolehannya. Anda juga harus ingat, kesempurnaan dalam cinta tidak akan dapat dicapai sekiranya anda tidak berusaha bersama. 7. Cinta itu selalu membuatkan anda gembira walaupun ia kadang kala melukakan. Oleh sebab itu berikanlah cinta sejati kepada mereka yang benar-benar layak. Ini kerana bukan semua orang boleh bertahan apabila mengalami kelukaan yang diakibatkan oleh cinta. 8. Kepercayaan kepada pasangan adalah amat penting. Tanpa sikap saling mempercayai antara satu sama lain, hubungan yang terbina sudah pasti tidak akan mampu untuk bertahan lama. Jadi untuk mempercayai seseorang yang anda cintai, anda mesti membuatkan dia sentiasa mempercayai anda terlebih dahulu. Apa yang penting, sentiasa yakin dan jangan sesekali selitkan perasaan ragu-ragu terhadap pasangan apabila perasaan percaya itu telah mula wujud di dalam jiwa anda berdua.9. Cinta memerlukan masa untuk anda menyedarinya. Walaupun ada yang percaya kepada cinta pandang pertama, tetapi ia masih memerlukan masa untuk insan yang seorang lagi merasai kehadiran cinta anda. Perasaan sayang dan kasih juga perlu dipupuk dan itu semua memerlukan masa supaya cinta yang terbina menjadi utuh buat selamanya.10. Jangan sesekali berputus asa apabila wujudnya persaingan untuk merebut cinta. Anda perlu yakin dengan kehebatan dan keistimewaan anda. Namun jika anda gagal setelah berjuang, itu membuktikan anda seorang yang matang dan sentiasa positif apabila berhadapan dengan kegagalan. Tetapi sekiranya anda berjaya merebut cintanya, itu pastinya menjadi kenangan paling manis untuk anda kenang di sepanjang hidup anda.

11. Jangan bertangguh atau takut untuk meluahkan rasa hati. Biarkan dia tahu rahsia hati anda dan berikan dia sedikit masa untuk memikirkannya. Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah apabila anda memberitahu insan yang anda sayang betapa penting dan istimewanya mereka di dalam hidup anda. Dengan itu anda pasti akan berasa puas dan lebih yakin untuk meneruskan kehidupan.12. Cinta itu berasaskan pengorbanan dan tolak ansur. Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu kelemahan dan kekurangan diri anda tetapi dalam masa yang sama masih boleh menerima serta mencintai diri anda seadanya. Jika kamu menemui insan sebegini, jangan sekali-kali melepaskannya kerana dia sudah pasti jodoh terbaik buat anda.13. Sentiasa bukakan hati anda kepada insan yang anda sayangi. Jangan sekali-kali meraguinya kerana keikhlasan yang dipamerkan sudah pasti akan dapat dirasai oleh hati yang sentiasa dipenuhi oleh cinta suci.

Followers